Saturday, December 17, 2011

Jamboree Malaysia 2011 Terengganu

Bergambar bersama dengan pengakap dari Bangladesh, lupa la pulak nak tanya namanya.
santai bersama Bapak.... lagi sekali saya terlupa nama yang pastinya saya pernah ketemu beliau di jamboree malaysia indonesia di Tanah Datar Indonesia.
Peserta dari Brunei Darussalam. Upon request panjang umur saya juga mau ke Brunei
Antara insan yang saya hormati... Cikgu Haji Ahmad Tajuddin yang tetap bersemangat walaupun telah melewati usia. Semoga kehadiran haji menjadi inspirasi kepada generasi yang meneruskan perjuangan dalam platform scout, seterusnya memertabatkan bangsa.
Pemandangan dan suasana nak berangkat pulang ke destinasi seluruh malaysia...... deretan bas secara langsung menjana ekonomi.
Puncak tertinggi banjaran titiwangsa, tinggi lagi menara pemancar ni



Jamboree 1 Belia 1 Malaysia 2010

Semangat nak ke Putrajaya sama dengan semangat makan. Heng and Kamal sedang menjamu selera. Harga d KL sentral ni boleh la tahan, Lagi lama stranded lagi la kempis poket seluaq. Nasib baik la makan sedap. Kalau tak sedap meu kena sumpah..... aik... undang-undang pengakap..... suci perkataan.
dah kenyang, tunggu nak lena la pulak... sabaq perjuangan belum selesai
Bersiap sedia semua jendral dan panglima untuk memastikan semua program berjalan dengan lancar
Pengalaman yang tak akan di lupakan, kerana pagi-pagi buta lagi kena jadi pengawal keselamatan KL Sentral. Kalau sorang-sorang mungkin tak buat kot.

Dari litar CCTV menunjukkan pengakap sedang menguasai KL Sentral, mau tidak lebih kurang 150 orang yang menaiki train.
Atas keretapi... rasanya ada yang pertama kali naik train ni..... cuma kontrol macam selalu naik train... Takpalah.. biarlah ianya menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup.
Dah sampai dah.... cepat mandi dan sembahyang subuh....
Sarapan pagi ... teh tarik dan nasik lemak bungkus... boleh tahan sedap dan boleh tahan juga harganya. Nasib baik bawak duit lebih... kalau tak pinjam kamal le.

Sebaik saja turun dari bas di wetland, ada makan tengah hari..... tapi suasana sebegini tak mungkin berulang lagi.


Malam persembahan kebudayaan.....



seronok la jugak... biasala pengakap kalau tak seronokpun kenalah bagi seronok.
Memantau sebahagian daripada tugas


Terserempak sempat lagi posing... bukan mudah otai nak bergambar bersama-sama

Sesuatu yang istimewa.... silapnya saya tak sempat ambik nama tuan yang empunya khemah. Terima kasih kerana menjemput saya mengabadikan nama dan tanda tangan. Boleh masuk Malaysia Books of Record tak?
Yang lain fikirkanlah sesuatu untuk kenangan seumur hidup dengan idea yang tak pernah terlintas orang.


Sementara nak balik, lawatan ke Muzium Negara yang berhampiran dengan KL Sentral. Kebetulan ada pameran keranda... tengok keranda la.

Kumpul semua beg! Semuanya mahal nak simpan bag, lepas discount RM 3.00/bag... tak yah le longgok ramai-ramai, ada rakan yang sudi menunggu.


Bergambar beramai di perkarangan muzium.... semuanya keletihan.

Haaaaaaaaaaaaa... lega tukar kasut dan kena pakai sandal ... tak tahan panas..



Salah silap mohon ampun, sehingga bertemu di lain siaran dan rancangan.


Induksi Manikayu

DC Rozhan yang banyak membantu dalam aku menyelesaikan manik kayu. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa baik tuan.... don't worry, believe returns will comes in many ways. Semoga persahabatan kita berterusan.
Bergambar kenang-kenangan setelah selesai 8 jam sidang. Kursus ini bersama dengan pengakap KKTM Balik Pulau dan kelana-kelana.
Ini la kawan aku (yang teri sijil tu...)yang pi kursus sekali, tapi tak teruskan dengan modul seterusnya bersama aku.. Nama dia Yussof aku panggil chop ja. Kini beliau sedang menunggu untuk kursus peringkat IV.
ADC Hazlisham... juga banyak berterima kasih saya ungkapkan kerana terlalu banyak membantu dalam proses menyelesaikan manik kayu saya. Terharu bila mengenangkannya... apa tidaknya, tarikh tarikh kursus selalunya sham akan bincang dan menghubungi saya dulu..... sijil pun hantaq sampai rumah by hand............... kagum dengan semangat dan komitment anda....
Sekian lama menunggu untuk mengikuti kursus manik kayu, akhirnya berjaya juga aku ikut kursus. Dulu kalau ada peluang, kita pulak yang tak boleh.... macam tu lah bila kita dah berada dalam alam pekerjaan. Tapi harus di ingat ini baru kursus penerangan induksi selama 8 jam. masa ni terpikiaqla pulak boleh tamat ka semua kursus nanti.... mau makan tahun.

Modul A & B

Antara kursus yang kena belajar......
Ni la Patrol kami yang agak-agak lebih umur, tapi bersemangat kental.
Part makan ni .... mesti berbaris dok depan
Ni la akibatnya, dah tua-tua baru nak pi kursus. Bukan senang nak baca dan nak ingat lagi. Sabaq saja lah... tekad nak habiskan kerana nak mengiktiraf diri sendiri.

Agak-agak pak piee ni usianya berapa? Masih berbangga dengan uniform pengakap... itulah aura scout.

Modul C

Bersiap sedia untuk menerima masuk peserta kursus
Sebahagian peserta kursus dan kelana yang terlibat dalam menjayakan kursus

Bergambar kenang-kenangan