Semangat nak ke Putrajaya sama dengan semangat makan. Heng and Kamal sedang menjamu selera. Harga d KL sentral ni boleh la tahan, Lagi lama stranded lagi la kempis poket seluaq. Nasib baik la makan sedap. Kalau tak sedap meu kena sumpah..... aik... undang-undang pengakap..... suci perkataan.
dah kenyang, tunggu nak lena la pulak... sabaq perjuangan belum selesaiBersiap sedia semua jendral dan panglima untuk memastikan semua program berjalan dengan lancar
Pengalaman yang tak akan di lupakan, kerana pagi-pagi buta lagi kena jadi pengawal keselamatan KL Sentral. Kalau sorang-sorang mungkin tak buat kot.
Dari litar CCTV menunjukkan pengakap sedang menguasai KL Sentral, mau tidak lebih kurang 150 orang yang menaiki train.
Atas keretapi... rasanya ada yang pertama kali naik train ni..... cuma kontrol macam selalu naik train... Takpalah.. biarlah ianya menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup.
Dah sampai dah.... cepat mandi dan sembahyang subuh....
Sarapan pagi ... teh tarik dan nasik lemak bungkus... boleh tahan sedap dan boleh tahan juga harganya. Nasib baik bawak duit lebih... kalau tak pinjam kamal le.
Sebaik saja turun dari bas di wetland, ada makan tengah hari..... tapi suasana sebegini tak mungkin berulang lagi.
Malam persembahan kebudayaan.....
seronok la jugak... biasala pengakap kalau tak seronokpun kenalah bagi seronok.
Memantau sebahagian daripada tugas
Terserempak sempat lagi posing... bukan mudah otai nak bergambar bersama-sama
Sesuatu yang istimewa.... silapnya saya tak sempat ambik nama tuan yang empunya khemah. Terima kasih kerana menjemput saya mengabadikan nama dan tanda tangan. Boleh masuk Malaysia Books of Record tak?
Yang lain fikirkanlah sesuatu untuk kenangan seumur hidup dengan idea yang tak pernah terlintas orang.
Sementara nak balik, lawatan ke Muzium Negara yang berhampiran dengan KL Sentral. Kebetulan ada pameran keranda... tengok keranda la.
Kumpul semua beg! Semuanya mahal nak simpan bag, lepas discount RM 3.00/bag... tak yah le longgok ramai-ramai, ada rakan yang sudi menunggu.
Bergambar beramai di perkarangan muzium.... semuanya keletihan.
Haaaaaaaaaaaaa... lega tukar kasut dan kena pakai sandal ... tak tahan panas..
Salah silap mohon ampun, sehingga bertemu di lain siaran dan rancangan.
No comments:
Post a Comment